Kebuluran Bengal 1943

Kebuluran Bengal 1943 (Bengali: pañcāśēra manvantara) merupakan suatu bencana utama di wilayah Benggala[upper-alpha 1] dalam India semasa Perang Dunia Kedua. Dianggarkan sebanyak 2.1–3 juta,[upper-alpha 2] daripada 60.3 juta penduduk kawasan tersebut mati akibat kelaparan, malaria dan penyakit teruk lain akibat kekurangan gizi, pemindahan penduduk, keadaan yang tidak bersih dan kekurangan penjagaan kesihatan. Jutaan penduduk jatuh miskin aikbat krisis yang menjejaskan lapisan masyarakat dan ekonomi kawasan tersebut dengan besarnya. Sejarawan telah sering menggambarkan bencana ini sebagai hasil "buatan manusia",[upper-alpha 3] menegaskan bahwa dasar-dasar kolonial menyukarkan lagi krisis ini. Ada pula suatu kelompok minoriti yang melihat bencana ini lebih berpunca daripada faktor penyebab semulajadi.[upper-alpha 4]